January 20, 2013

Sinopsis & Video Trailer Gangster Celop


Skop Productions dan Excellent Pictures Mempersembahkan filem GANGSTER CELOP yang akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 Februari 2013.
Membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Syamsul Yusof, Kamal Adli, Yus Jambu, Azad Jazmin, Usop Wilcha serta memperkenalkan Hanis Zalikha dan Reen Rahim.
artis malaysia hanis zalikha


Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.
Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.
Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.
Apa macam? Rasa-rasa cerita ni best ke tidak? Nak tahu kena la pergi tengok sendiri 21 Februari 2013 ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger