January 21, 2013

Siti Nurhaliza Tercalon Bella Awards


Datuk Siti Nurhaliza Tercalon Bella Awards

Siti Nurhaliza Bella Award

Buat pertama kalinya pengorbanan kaum wanita akan diberi penghargaan melalui sebuah rancangan anugerah khas, Bella Awards, yang dianjurkan oleh Saluran Ceria Anda, NTV7. Anugerah ini diadakan bagi mengiktiraf buat golongan wanita dari pelbagai latar belakang.

Senarai lima calon akhir bagi kategori-kategori seperti Bella Creative Award, Bella Style Award, Bella Beautiful Award, Bella Business Award dan Bella Heart Award telah diumumkan pada Jumaat lalu. Empat kategori baru turut diperkenalkan kepada penonton iaitu Bella On-Screen Award, Bella On-Stage Award, Bella Sports Award dan Bella Radio Award.

Tidak seperti kategori-kategori lain yang diadili oleh panel juri terpilih, pemenenang bagi keempat-empat kategori ini bakal ditentukan berdasarkan undian orang ramai.

Bella Awards sekaligus mengangkat barisan wanita berpengaruh yang juga mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Antara yang tercalon bagi empat kategori baru yang ditentukan melalui undian antaranya Yuna, Zee Avi, Datuk Nicol Ann David, Datuk Siti Nurhaliza, Pandelela, Datuk Sheila Majid, Sheila Amzah dan ramai lagi.
Siti Nurhaliza Bertudung Cantik


“Majlis anugerah yang bakal berlangsung pada 2 Mac ini dijangka mampu menjadi fenomena buat para penonton dengan persembahan hiburan oleh artis tempatan dan antarabangsa serta pelbagai lagi kejutan,” kata Airin Zainul selaku Pengurus Besar Kumpulan NTV7 dan 8TV ketika ditemui di sidang media majlis anugerah tersebut di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Airin turut menambah, selain memberi penghargaan kepada golongan wanita, malam anugerah tersebut turut memberi kesempatan kepada mereka untuk merehatkan diri dari kesibukan kerjaya untuk merasai gemerlapan malam anugerah tersebut.

Selain memberi penghargaan kepada kaum wanita, golongan lelaki juga tidak diketepikan kerana penganjur telah menyediakan sebuah kategori khas yang dinamakan Bella Mars Award. Pemilihan berdasarkan sumbangan mereka secara umum terhadap wanita serta masyarakat.

Turut hadir ke majlis sidang media Bella Awards adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd Nur dan Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger