February 14, 2013

Fanomena Harlem Shake Pengganti Gangnam Style




Tak perlulah kami huraikan lagi mengenai ‘Gangnam Style’. Satu dunia sudah tahu bagaimana tarian ini telah mencipta fenomena. Baru-baru ini pun, pencipta tarian ini, Psy telah membuat persembahan di Pulau Pinang.
Namun, timbul satu lagi tarian yang dipanggil ‘Harlem Shake’. Ia dikatakan telah mencipta satu lagi fenomena dan pelbagai versi tarian ini telah dimuat-naik ke laman Youtube.
Menurut Wanista, tarian ini berasal dari sebuah kawasan bernama Harlem di New York dan pernah dipopularkan sekitar tahun 80an. Nama Harlem Shake kemudian digunakan sebagai tajuk bagi lagu eletronik yang dihasilkan oleh Baauer. Video viral pertama tarian ini telah dimuat naik pada 30 Januari lepas dimana sekumpulan lelaki memakai topeng dan baju latex menari tarian Harlem Shake. Tarian ini hanya memerlukan anda menggoyangkan bahu, pinggang dan tangan anda dengan pantas.
Mahu tahu bagaimana? Mari tonton video lepas ini.





SUMBER:OHBULAN




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger