February 13, 2013

Farah Asyikin OIAM Bernikah Dengan Org Afrika Selatan



Tahniah diucapkan kepada penyanyi yang semakin ayu berhijab yang juga merupakan bekas peserta One in a Million (OIAM) dan Malaysian Idol, Farah Asyikin Zulkifli, 34.

Farah dikhabarkan sudah selamat bernikah pada Khamis lepas dengan jejaka yang bernama Mohd Zahir.

Memetik sumber ******************, Mohd Zahir dilaporkan berasal dari Cape Town, Afrika Selatan.

Khabarnya juga,suami Farah ini dikenali olehnya melalui Twitter kerana berkongsi maklumat tentang agama Islam.

Ini ialah perkahwinan kedua Farah, setelah sah bercerai dengan suami pertamanya yang merupakan seorang doktor, Dr Fariz Yahya pada 26 Mei 2008.

Nampaknya sudah jauh berubah Farah kini yang juga rajin melibatkan diri dalam program dakwah. Semoga perkahwinan keduanya berkekalan hingga ke akhir hayat dan diberkati Allah SWT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger