February 13, 2013

Hantu Kak Limah 2 Pecah Panggung 2.5 Juta Selepas 4 Hari




KUALA LUMPUR 12 Feb. - Tatkala kutipan tiket filem-filem Melayu dikatakan merudum, filem "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" berjaya membuat kutipan tiket RM2.5 juta selepas empat hari tayangannya di pawagam seluruh negara sejak 7 Februari lalu.

Pegawai promosi filem tersebut, Azwan Anuar berkata, filem arahan Mamat Khalid itu mendapat sambutan ramai kerana kebetulan tayangannya sewaktu musim cuti perayaan Tahun Baharu Cina yang agak panjang.

"Sewaktu tayangannya di pawagam TGV, Suria KLCC beberapa hari lalu, lebih 2,000 penonton telah menonton filem ini. Filem ini masih ditayangkan dan kami harap kutipan tiketnya akan terus bertambah," katanya yang turut berlakon dalam filem tersebut.

Filem "Husin, Mon & Jin Pakai Toncit" terbitan Tayangan Unggul itu adalah sekual kepada filem "Hantu Kak Limah Balik Rumah" yang turut mendapat sambutan baik sebelum ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger