PETALING JAYA: Pelakon Nelydia Senrose menolak desas-desus terbaharu yang mengaitkannya dan pelakon Qi Razali sedang hangat bercinta.
Sebaliknya, pemilik nama sebenar Nik Zaris Nelydia Senrose Nik Sen, 19, berkata dia dan bekas kekasih kepada penyanyi Yuna itu hanya berkawan baik. Mereka mulai rapat kira-kira sebulan yang lalu.
"Saya dan dia (Qi) hanya kawan baik sahaja pada waktu ini. Tiada hubungan istimewa seperti yang dikatakan.
"Sebenarnya kami sudah kenal sejak tahun lalu sebab sama-sama terlibat dalam penggambaran drama Friday I'm In Love tetapi tidak rapat.
"Lagi pun dia berpunya (kekasih Yuna) ketika itu dan kami hanya rapat kebelakangan ini," katanya kepada mStar Online pada Rabu.
Aktres berdarah kacukan ini berkata, dia enggan mengulas lanjut mengenai persahabatan mereka kerana tidak pasti hala tuju hubungan itu pada masa akan datang.

puteri kasih · 634 weeks ago