February 5, 2013

Review Dan Trailer Gila-Gila Remaja 2

Mampukah Filem Gila-Gila Remaja 2 menyaingi Gila-Gila Remaja Terdahulu?


SS-Suatu ketika masa dulu, Filem Gila-gila Remaja pernah menjadi kegilaan remaja sekitar tahun 1986 dahulu. Malah tidak salah jika dikatakan filem ini terus menjadi tontonan remaja yang sedang menuju ke arah kedewasaan.
Pengarah V.Nagaraj cuba mengembalikan zaman kegemilangan filem ini menerusi Gila-gila Remaja 2 yang akan ditayangkan pada 21 Mac 2013.
Filem ini tidak mempunyai sinopsis yang lengkap,adakah ianya mempunyai kaitan dengan filem terdahulu ataupun diberi nafas baru sesuai dengan minat remaja sekarang.


Dalam video trailer ini juga, kelihatan pelakon utama filem Gila-gila Remaja dahulu iaitu Faizal Hussein turut berlakon. Wah, adakah dia masih memegang watak sebagai Azroy?.Faizal Hussein merupakan watak utama dalam Gila-Gila Remaja 1986 dulu dan apa kaitan dia untuk Gila-Gila Remaja 2 ini.Woowwww...Kena tengok cite ni.



Pelakon-pelakon utama filem ini ialah Hairul Azreen, Faralyna Idris, Fizz Fairuz dan Taiyuddin Bakar.

Harapnya filem lama yang diberi nafas baru ini mampu menyaingi kehebatan filemnya sebelum ini.

p/s:Dikhabarkan OST filem ini dinyanyikan oleh LAN KRISTAL sedap.Nak kena cari nie.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger