February 8, 2013

(VIDEO) Shila Hamzah Menangis Pohon Maaf dan Rindu Keluarganya


Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara audio terbaharu penyanyi Shila Amzah yang menyampaikan lagu “Ombak Rindu” sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman Youtube yang dimuat naik oleh Shila.

“Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah,” katanya.

Rakaman itu disiarkan kira-kira pukul 9.50 pagi oleh stesen radio Hot FM.

Bagaimanapun sejam selepas itu, rakaman video berkenaan tidak dapat diakses lagi menerusi laman “Youtube”.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyayi Hafiz dan Adira. 

Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.

Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger