February 8, 2013

Shila dan Shanaaz Putus



Di dalam kenyataan Shila Amzah baru-baru ini menerusi surat terbuka, Shila meminta supaya Sharnaaz Ahmad & ND Lala mencari jalan penyelesaian,  tetapi kini seakan tiada respon positif.
“Tak payah nak hipokrit,” komen Sharnaaz Ahmad berhubung kenyataan terbaru Shila Amzah kepada media.
Memetik laporan Sinar Harian, Sharnaaz Ahmad memaklumkan dia tidak mahu ambil tahu lagi akan perkara ini kerana kesudahannya, orang ramai akan tetap meletakkan kesalahan dibahu beliau.
“Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila Amzah) nak buat apa sekalipun”
Tentang perancangan Sharnaaz untuk tetap merisik Shila Amzah pada Mac ini, pelakon filem Juvana ini berkata dia tidak akan menghantar rombongan merisik seperti yang telah dirancang.
“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini. Saya tak pasti dan hanya berserah,” tambah Sharnaaz Ahmad.


SUMBER

2 comments:

Anonymous said...

jd lelaki jgn gampang sngt..cool je..LOL

Anonymous said...

Sharnaaz Ahmad tu mmg biadab...takleh ke gi cakap elok2 ngan bapak shila... ko ingat dia anak ayam ke...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Top 5 Pemberi Komen

Terima Kasih Melawat!!

Ping Site d Sini

[ Click Pada Saya ]

Copyright © Blog Dunia HIBURAN SPECIAL Design by BTDesigner | Blogger Theme by BTDesigner | Powered by Blogger